Frequently Asked Questions
SOALAN LAZIM
- Saya masih baharu dan saya ingin menceburi dalam bidang perkapalan, kursus apa yang saya boleh ambil?
J: Institusi Latihan Maritim Pelita Mas Laut ada menawarkan kursus jangka panjang dan kursus jangka pendek untuk sesiapa yang berminat menceburi dalam bidang maritim/ perkapalan.
a. Untuk kursus jangka panjang, kami menawarkan kursus Marine Engineering Rating/ Maritime Deck Apprentice. Kursus ini akan mengambil masa 6- 9 Bulan ( 3 bulan teori/ latihan dalam kelas dan 3-6 bulan latihan amali/ praktikal/ latihan industri di atas kapal.)
b. Kita juga menawarkan kursus Radio Operator untuk sesiapa yang ingin menceburi dalam bidang perkapalan/ maritim. Kursus akan mengambil masa selama 6 minggu.
c. Untuk kursus jangka pendek, kami menawarkan kursus Pakej Basic Training dan Designated Security Duties. Sijil- sijil ini adalah mandatori untuk bertugas diatas kapal. Kursus ini mengambil masa 6 hari untuk kursus Basic Training dan 1.5 hari untuk kursus Designated Security Duties.
- Berapakah jumlah yuran kursus?
Marine Engineering Rating/ Maritime Deck Apprentice/ Radio Operator
a. Jumlah keseluruhan untuk kursus Marine Engineering Rating/ Maritime Deck Apprentice adalah RM10, 000. Yuran ini termasuk dengan sijil- sijil yang diitirafkan oleh Jabatan Laut Malaysia, sijil- sijil dari Institusi Latihan Maritim Pelita Mas Laut, tempat tinggal semasa menjalani latihan/ kursus, insuran semasa menjalani latihan/ kursus, pakaian seragam dan lain- lain. ( Yuran boleh dibayar secara sekali gus ataupun secara ansuran selama 3 bulan sebelum tamat kursus di Pelita Mas Laut.)
b. Jumlah keseluruhan untuk kursus Radio Operator adalah RM8, 000. Yuran ini termasuk dengan sijil- sijil yang diitirafkan oleh Jabatan Laut Malaysia, sijil- sijil dari Institusi Latihan Maritim Pelita Mas Laut, tempat tinggal semasa menjalani latihan/ kursus, insuran semasa menjalani latihan/ kursus, pakaian seragam dan lain- lain.
Pakej Basic Training dan Designated Security Dutiesc. Jumlah keseluruhan untuk kursus Pakej Basic Training dan Designated Security Duties adalah RM2000. la merupakan harga diskaun pakej yang ditawarkan oleh Institusi Latihan Maritim Pelita Mas Laut.
- Apakah syarat- syarat untuk mengambil kursus di Institusi Latihan Maritim Pelita Mas Laut?
J: Syarat- syarat untuk mengambil kursus Marine Engineering Rating / Maritime Dek Apprentice/ Basic Training & Designated Security Duties adalah seperti dibawah:
Marine Engineering Rating / Maritime Dek Apprentice
a. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun.
b. Pandai membaca dan menulis.
c. Sihat tubuh badan dan tidak rabun warna. (Lulus Pemeriksaan Kesihatan Marin)
d. Lulus temuduga (Sesi Temuduga Yang Dianjurkan oleh Instutusi Latihan Maritim Pelita Mas Laut)
Radio Operator
a. Berumur tidak kurang dari 18 tahun dan keatas
b. Pandai membaca dan menulis.
c. Mahir dalam komunikasi dalam Bahasa Inggeris dan pengunaan komputer.
d. Sihat tubuh badan dan tidak rabun warna.
e. Lulus SPM dan keatas.
f. Lepasan STPM/ Diploma akan diutamakan.
Pakej Basic Training, Designated Security Duties
a. Berumur tidak kurang dari 18 tahun
b. Sihat tubuh badan dan tidak rabun warna. (Lulus Pemeriksaan Kesihatan Marin)
- Adakah Instutusi Latihan Maritim Pelita Mas Laut mempunyai bantuan/ pinjaman untuk pembayaran yuran kursus?
J: Ya, Pemohon boleh memohon untuk pinjaman dari Yayasan Sarawak hanya untuk kursus Marine Engineering Rating/ Maritime Deck Apprentice sahaja dan ia tertakluk kepada terma dan syarat. Permohonan pinjaman/ biasiswa hanya boleh dimohon melalui pihak Instutusi Latihan Maritim Pelita Mas Laut sahaja.
- Adakah pelatih kursus akan terus dapat kerja selepas tamat kursus di Pelita Mas Laut?
J: Jawapan soalan diatas adalah seperti berikut:
a. Pihak kami cuma menyediakan latihan dan teori untuk kursus Marine Engineering Rating/ Maritime Deck Apprentice sahaja. Pelatih kursus adalah diwajibkan untuk mendapatkan tempat latihan amali/ praktikal/ latihan industri di mana- mana syarikat perkapalan/ perlabuhan dan Pelatih kursus juga diwajibkan untuk mengemaskini status pekerjaan kepada pihak Institusi Latihan Maritim Pelita Mas Laut dari semasa ke semasa. Pelatih kursus boleh memohon sendiri pekerjaan selepas tamat latihan amali/ praktikal/ latihan industri di mana- mana syarikat perkapalan/ perlabuhan.
b. Pihak kami cuma menyediakan latihan untuk Kursus Radio Operator/ Pakej Basic Training dan Designated Security Duties sahaja, selepas tamat kursus, peserta kursus boleh mengunakan sijil- sijil yang diitirafkan oleh Jabatan Laut Malaysia ini untuk memohon pekerjaan sendiri di mana- mana syarikat perkapalan/ perlabuhan.
- Dokumen apa yang saya perlukan sediakan untuk mengambil kursus di Pelita Mas Laut?
J: Sila sediakan dokumen- dokumen seperti dibawah:
Marine Engineering Rating / Maritime Dek Apprentice/ Radio Operator
a. Pemeriksaan Kesihatan Marin.
b. Gambar Passport
c. Salinan Sijil- Sijil UPSR/PMR/SPM/SPMV
d. Salinan Kad Pengenalan Pelajar
e. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa/ Penjaga
f. Salinan Sijil Lahir Pelajar
g. Salinan Sijil Berhenti Sekolah
h. Slip Gaji/ Penyata Cukai Ibubupa/ Penjaga
i. Salinan Penyata Pencen Dan Kad Pesara Ibubapa/ Penjaga (Jika Berkaitan)
j. Salinan Pengesahan Rasmi Pendapatan Ibubapa (Untuk Ibu Bapa/ Penjaga Yang Tiada Slip Gaji/ Penyata Pencen).
k. Salinan Sijil Kematian IbuBapa (Jika Berkaitan)
l. Salinan Surat Perakuan Cerai Ibubapa (Jika Berkaitan)
PASTIKAN SEMUA SALINAN DOKUMEN PERLU DISAHKAN OLEH KETUA KAMPUNG/ KAPITAN/ PENGHULU/ PEGAWAI DAERAH/ PEGAWAI GRED 41 DAN KEATAS.
Pakej Basic Training dan Designated Security Duties
a. 2 Salinan Kad Pelaut
b. 2 Salinan Pemeriksaan Kesihatan Marin.
- Dimanakah saya boleh mendapatkan Pemeriksaan Kesihatan Marin?
J: Anda boleh membuat Pemeriksaan Kesihatan Marin di mana- mana pengamal perubatan tempatan yang diluluskan oleh Jabatan Laut Malaysia. Anda boleh rujuk pautan dibawah.
- Dimanakah saya boleh mendapatkan Kad Pelaut?
J: Anda boleh mendapatkan Kad Pelaut di mana- mana pejabat Jabatan Laut Malaysia yang berdekatan dengan anda.
(Sila bawa Kad Pengenalan, Laporan Pemeriksaan Kesihatan Marin dan sekeping Gambar pasport.
- Bagaimanakah saya boleh memohon ataupun buat tempahan kursus dengan Pelita Mas Laut?
Marine Engineering Rating / Maritime Dek Apprentice
Anda boleh muat turun borang permohonan Marine Engineering Rating / Maritime Deck Apprentice pautan dibawah:
BORANG PERMOHONAN MARINE ENGINEERING RATING/ MARITIME DECK APPRENTICE/ RADIO OPERATOR
Basic Training dan Designated Security Duties:
Anda boleh membuat tempahan kursus dalam pautan dibawah:
TEMPAHAN KURSUS